Insiden di Pattani tiada kaitan dengan serangan bersiri
BANGKOK, Rabu – Tentera kerajaan Thailand menafikan bahawa dua serangan pengeboman semalam di bandar selatan Pattani mempunyai kaitan dengan siri serangan di beberapa tempat pelancongan popular negara itu, baru-baru ini.
Serangan itu menyebabkan seorang warga Thailand terbunuh manakala 30 yang lain cedera apabila dua bom meletup di Hotel View Southern di bandar Pattani beberapa minggu selepas serangan bersiri di negara itu.
Menteri Pertahanan, Prawit Mongsuwan berkata, beliau yakin serangan bersiri yang berlaku sebelum ini tidak mempunyai kaitan dengan insiden bom berkembar di Pattani, semalam.
“Saya yaki bahawa kejadian di Pattani malam tadi tidak ada kena mengena dengan tujuh serangan di wilayah ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Pihak berkuasa berkata, letupan bom pertama berlaku di tempat meletak kenderaan di belakang hotel itu, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Bagaimanapun, letupan kedua berlaku di luar pintu masuk hotel sehingga menyebabkan mangsa cedera dan terbunuh.
Prawit berkata, setakat ini tentera kerajaan tidak akan menyertai sebarang rundingan dengan kumpulan pemisah sehingga keadaan di rantau itu kembali aman.
“Tunggu keadaan menjadi aman dahulu, kemudian kita boleh berbincang,” katanya.
Lebih 6,500 penduduk di tiga wilayah selatan Pattani, Yala dan Narathiwat terbunuh berikutan konflik yang tercetus di antara tentera kerajaan dan pemberontak.- Agensi
The post Insiden di Pattani tiada kaitan dengan serangan bersiri appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan