Isma Melaka sokong fatwa larang umat Islam main Pokemon Go

arrumy1

BANGI, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka menyokong penuh keputusan JawatanKuasa Fatwa Negeri itu yang melarang umat Islam menjauhi permainan Pokemon Go kerana membawa kemudaratan.

Naib Yang Dipertua Isma Melaka, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata, larangan berkenaan adalah bertepatan dengan kaedah syarak yang mengutamakan maslahah dan menolak mudarat.

“Ini berikutan aplikasi permainan itu dilihat lebih banyak mendatangkan mudarat seperti kelalaian, ketagihan dan juga menggugat aspek keselamatan.

“Bahkan ia langsung tidak menyumbang kepada pembinaan jati diri dan sahsiah seorang muslim,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Ismaweb hari ini. 

Semalam, Mufti Melaka, Abdul Halim Tawil memaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa negeri telah memutuskan aplikasi permainan Pokemon Go adalah dilarang dan mesti dijauhi kerana membawa kepada kemudaratan dan kelalaian kepada umat Islam.

Keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan bersama ahli jawatankuasa bahawa permainan itu membawa kepada masalah ketagihan melampau sehingga mengundang bahaya kepada keselamatan diri dan orang awam.

“Pihak kami juga tidak menolak kemungkinan permainan ini juga membawa agenda serta kepentingan tertentu sesetengah pihak bagi tujuan pengintipan berdasarkan kemampuannya mengesan koordinasi lokasi bagi pelayar Pokemon Go itu sendiri, selain pencerobohan data peribadi,” katanya.

 

The post Isma Melaka sokong fatwa larang umat Islam main Pokemon Go appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?