Israel sekat ketua pasukan Olimpik Palestin ke Brazil

rio

SEMENANJUNG GAZA, Rabu – Pihak berkuasa Israel menghalang ketua pasukan Olimpik Palestin daripada meninggalkan Semenanjung Gaza untuk menyertai pasukannya di Brazil.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Palestin, Munther Masalmeh berkata, Israel menyekat permit Issam Qishta untuk meninggalkan Gaza.

“Oleh itu, dia tidak dapat menyertai pasukan Olimpik di Brazil,” katanya.

Munther berkata, pelatih dan Timbalan Ketua Jawatankuasa itu telah diberikan permit untuk menyertai acara sukan terbesar dunia itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahason berkata, pihaknya sedang berusaha membenarkan Qishta untuk menyertai pasukan Palestin.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk membenarkan dia ke sana secepat mungkin,” katanya.

Pasukan Olimpik Palestin terdiri daripada 22 orang termasuk enam atlet, jurulatih dan pentadbir.

Ia termasuk dua atlet renang, atlet trek dan padang, pemain judo dan ekuestrian. – Agensi

The post Israel sekat ketua pasukan Olimpik Palestin ke Brazil appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?