Jemaah haji diminta rujuk pembimbing jika keliru
- Dapatkan pautan
- E-mel
- Apl Lain
Pengurus Ibadat Madinah TH, Razali Zakaria, berkata kekeliruan itu timbul berikutan mazhab yang dianuti jemaah haji seluruh dunia dan perbezaan dalam melakukan ibadat.
“Nasihat saya, jika ada perselisihan (perbezaan) dan tidak memahami sesuatu perkara itu rujuklah dengan pembimbing ibadat haji yang disediakan Tabung Haji bagi menentukan keseragaman seperti yang diputuskan oleh muzakarah haji.
“Jangan menggunakan buku-buku yang tidak mendapat kelulusan Tabung Haji malah perlu dapatkan maklumat daripada buku-buku serta risalah-risalah yang dibekalkan,” katanya ;pada sidang media di Hotel Al-Haram di sini, hari ini.
Hotel berkenaan adalah antara hotel penginapan jemaah haji Malaysia di sini.
Razali berkata demikian mengulas terdapat kekeliruan jemaah dalam melaksanakan ibadat haji berikutan cara dan kaedah yang berbeza di antara jemaah seluruh dunia mengikut fahaman mazhab yang mereka anuti.
“Terdapat 15 anggota dalam unit ini yang membantu jemaah haji untuk melakukan ziarah dalam dan luar sebelum mereka berangkat ke Makkah untuk ibadat selanjutnya,” katanya.
Katanya, sebanyak 40 muzawwir (pembimbing ziarah) yang merupakan pelajar Universiti Madinah telah disediakan bagi membimbing jemaah haji dalam melaksanakan ziarah itu.
Ziarah dalam adalah lawatan ke Masjid Nabawi seperti melakukan solat sunat di Raudhah dan melawat makam Rasululullah SAW termasuk makam Abu Bakar As Siddiq dan Umar Al Khattab.
Ziarah luar pula adalah mengunjungi beberapa masjid terkenal, lokasi beberapa peperangan pada zaman Rasulullah dan juga melawat ladang tamar.
Unit itu juga turut mengadakan taklimat khusus mengenai ibadat umrah dan haji sebelum jemaah berangkat ke Makkah.- Bernama
The post Jemaah haji diminta rujuk pembimbing jika keliru appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan