JPAM ditukar kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bulan depan
TANJUNG MALIM, Isnin – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan ditukar menjadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkuat kuasa 1 September ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata, perkara itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk mendapat tanda tangan selepas akta itu dibahas dan diluluskan di Parlimen dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
“Insya-Allah pada 1 September ini ia akan diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendeknya APM,” katanya pada sidang media pada majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat Kebangsaan ke-7 di padang kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah di sini, semalam.
Shahidan berkata, penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara.
“Disebabkan JPAM telah besar dari segi keanggotaannnya iaitu melebihi satu juta sukarelawan di seluruh negara, adalah tidak wajar ianya dijadikan jabatan lagi,” katanya.
Sahadan berkata walaupun elaun sedia ada kekal berikutan penukaran nama itu, namun pihaknya akan cuba berusaha memperjuangkan beberapa bentuk elaun tertentu yang belum dinikmati anggota JPAM. – Bernama
The post JPAM ditukar kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bulan depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan