Jurucakap rasmi Daesh, Abu Mohamed Al-Adnani terbunuh

al adnani
ALEPPO, Rabu – Jurucakap rasmi kumpulan militan Daesh, Abu Mohamed Al-Adnani dilaporkan terbunuh dalam satu serangan di Aleppo hari ini.

Portal berita kepunyaan Daesh, Amaq melaporkan Al-Adnani terbunuh ketika sedang melakukan pemantauan operasi ketenteraan.

Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengetuai serangan yang menyasarkan pemimpin kanan Daesh semalam, namun nama pemimpin itu tidak disebut.

“Pasukan tentera bersekutu telah melancarkan serangan di kawasan al-Bab, Syria yang menjadikan pemimpin kanan Daesh sebagai sasaran utama.

“Kami masih meneliti hasil kejayaan serangan,” kata kenyataan itu, lapor agensi berita AFP.

Al-Adnani adalah pemimpin Daesh yang paling kanan yang paling lama berkhidmat sebagai jurucakap rasmi.

Butiran kematiannya masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, wartawan Al-Jazeera di Washington melaporkan bahawa belum ada apa-apa pengesahan daripada pihak berautoriti AS. – Agensi

KLIK POSTER UNTUK PENDAFTARAN

KLIK POSTER UNTUK PENDAFTARAN

The post Jurucakap rasmi Daesh, Abu Mohamed Al-Adnani terbunuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?