Kandungan ‘pendrive’ TMJ diumum Jumaat ini: Khairy
KUALA LUMPUR, Rabu – Kandungan pemacu pena atau pendrive yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin masih dalam pemelitian.
Khairy berkata, banyak kandungan pendrive itu adalah tentang dokumen laporan teknikal bola sepak negara termasuk program pembangunan.
“Saya masih menelitinya, kalau ada dokumen berhubung penyelewengan sudah tentu saya akan serahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Apapun saya akan membuat pengumuman berhubung pendrive tersebut pada Jumaat ini,” katanya dalam sidang akhbar Persidangan UMNO Bahagaian Bandar Tun Razak, di sini hari ini.
Jumaat lalu, TMJ dilaporkan menyerahkan pendrive berkenaan selepas menerima kunjungan Khairy di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.
Ia berikutan bulan lalu, TMJ mendakwa baginda memiliki maklumat, disimpan dalam pendrive – terima kasih kepada “rakan berpangkat tinggi’ – yang menurutnya dapat memberikan maklumat salah laku FAM.
Maklumat itu termasuk aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit kelab yang diambil FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.
The post Kandungan ‘pendrive’ TMJ diumum Jumaat ini: Khairy appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan