KATA PEDANG: Drama politik Naib Ketua Pemuda UMNO, Setiausaha DAP

guan eng khairul azwanHANYA andaian. Kes ditutup.

Ini antara skrip dalam drama politik yang rancak disiarkan oleh media kerana ia bersangkutan dengan kes penyelewengan terbesar dalam negara iaitu 1MDB.

Dalam isu besar sebegini pun, masih ada pihak yang sanggup membuat drama. Tak lain tak bukan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

Selesai siasatan, polis membuat kenyataan laporan itu dibuat berdasarkan cakap dengar dan andaian.

BACA: Konspirasi guling Najib hanya andaian, polis hentikan siasatan: KPN

PDRM pula dengan begitu cepat menutup kes tanpa apa-apa tindakan diambil ke atas Khairul Azwan, sedangkan tiga pihak yang dituduh dalam laporan polisnya adalah bukan calang-calang orang.

Ini antara drama-drama politik kebudak-budakan yang mewarnai persada politik tanah air.

Pedang teringat dengan kata-kata Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman pada tahun lepas.

Beliau berkata, rakyat Malaysia adalah cerdik namun diuji dengan wujudnya pemerintah yang bodoh.

Komen Pedang, bagaimanakah negara boleh berubah maju ke hadapan jika drama politik seperti di atas masih mewarnai negara kita?

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata, UMNO sekarang sukar mencari Perdana Menteri yang benar-benar boleh mentadbir negara kerana kepemimpinan yang ada sekarang adalah bodoh-bodoh belaka.

BACA: Rakyat Malaysia cerdik, pemimpin bodoh: Presiden Isma

BACA: UMNO sukar cari PM sebab pemimpin sekarang bodoh, kata Tun Dr Mahathir

Pedang kata, hanya orang bodoh sahaja yang membuat laporan polis berdasarkan cakap dengar dan andaian.

Tidak hairanlah, beberapa hari selepas laporan polis dibuat, bos besar Khairul Azwan iaitu Najib dan Khairy sendiri menjarakkan diri daripadanya dan mengatakan laporan polis itu adalah tindakan individu dan tiada kaitan dengan UMNO.

Kita tak tahu skrip apa lagi yang akan mereka guna bagi melengkapkan drama pada masa akan datang.

Kebodohan di kalangan pemimpin ini tidak terhenti pada UMNO sahaja, ia berjangkit kepada DAP di Pulau Pinang.

Setiausahanya, Lim Guan Eng yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) secara mengejut akhirnya akur kepada keengganan PKR.

Perkara pelik yang Pedang masih fikirkan hingga sekarang, mengapakah begitu teruk sekali cara fikir Lim Guan Eng dan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP yang lain, yang mahukan PRN diadakan, sedangkan hanya Guan Eng yang menghadapi pertuduhan rasuah?

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Hanya kerana Lim Guan Eng seorang hadapi pertuduhan rasuah di mahkamah, habis semua 40 kerusi DUN perlu dipertandingkan semula.

Logik apakah yang dipakai?

Mujurlah jalan cerita drama DAP telah dipintas oleh PKR.

Kalau dengar cakap PAN yang memang kebulurkan kerusi, mesti PRN diteruskan. Tapi pandangan PAN ditepis dengan mudah kerana PAN tidak memegang watak penting.

Dua drama politik yang Pedang tulis di atas adalah antara faktor mengapa ramai orang muda terutamanya tidak suka ambil cakna dengan politik tanah air.

Kita mahukan lebih ramai pemimpin muda menyertai politik dengan membawa idea-idea baru dalam pentadbiran negara.

Tapi kalau Naib Ketua Pemuda UMNO, pemimpin pemuda sebuah parti keramat pun begini punya caranya, siapa minat ambil tahu isu politik?

Kata Pedang: Waktu persidangan parti, bergegar dewan dengan slogan-slogan perjuangan. Tapi apabila berada di medan, tindakan mereka tidak menggambarkan langsung apa yang mereka sorakkan dalam persidangan.

Logo-Kata-Pedang-900x636

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

LAGI KATA PEDANG:

KATA PEDANG: DAP amat perlukan pilihan raya mengejut

KATA PEDANG: Uniform berlengan panjang untuk pekerja wanita KFC Kelantan

KATA PEDANG: Nga Kor Ming contoh CINA DAP BABI, kata Jamal

KATA PEDANG: Bila Guan Eng nak letak jawatan?

The post KATA PEDANG: Drama politik Naib Ketua Pemuda UMNO, Setiausaha DAP appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?