KATA PEDANG: Jangan biar LGBT ambil kesempatan
GOLONGAN dilaknat Allah, iaitu kumpulan pengamal seks songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali lagi memunculkan diri di khalayak semalam selepas muncul di perhimpunan haram Bersih 4 pada Ogos tahun lepas.
Dalam perhimpunan Tangkap MO1 di Dataran Merdeka semalam, bendera warna warni kumpulan itu dikibarkan dan sempat dirakam oleh petugas media liberal, Malaysiakini.
Usaha mencuri tumpuan ini sama seperti yang dilakukan oleh penganut ajaran sesat Syiah dalam himpunan bantahan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur anjuran Pemuda PAS pada September 2012.
Bendera tulisan Ya Husain dan gambar tokoh Syiah diangkat dalam himpunan tersebut namun mujur ia mendapat bantahan daripada peserta himpunan yang lain.
Bendera Syiah ‘Ya Husain’ dan gambar tokoh Syiah iran diangkat dalam himpunan bantahan filem hina Nabi di Kedutaan Amerika Syarikat anjuran Pemuda PAS pada 2012.
Memang mereka berhak untuk bersetuju dengan mesej perhimpunan (seperti meminta MO1 ditangkap) tetapi kewujudan mereka itu sendiri adalah bertentangan dengan Perlembagaan, hukum Islam dan nilai budaya masyarakat timur.
Mereka pun tahu, majoriti rakyat negara ini menolak LGBT dan Syiah.
Akan tetapi, kita kesal mengapa mereka berani muncul seperti semalam. Adakah kerana penguatkuasaan kita lemah?
Adakah pihak berkuasa tidak tahu kesan buruk kepada negara jika mereka dibiarkan berleluasa, muncul di sana sini dan bebas beraktiviti?
INGAT, TIADA HAK KEBEBASAN UNTUK LGBT, SYIAH DI MALAYSIA KERANA MEREKA TELAH MELANGGAR HUKUM ALLAH.
Kata Pedang: Ancaman negara kini bukan berada di luar atau di sempadan negara. Ia kini telah menyusup masuk dan berada di tengah-tengah kita. Takkan kita hanya duduk diam dan berharap pihak berkuasa ambil tindakan?
Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.
LAGI KATA PEDANG:
KATA PEDANG: Siapakah lagi selepas Omran Daqnish, Aylan Kurdi?
KATA PEDANG: Orang Islam tak perlu undi lagi parti tentang hukum Allah
KATA PEDANG: Harap BERSATU tak jadi seperti Berjasa dan Semangat 46
The post KATA PEDANG: Jangan biar LGBT ambil kesempatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan