Kekuatan politik capai matlamat perjuangan: Hamas
RAMALLAH, Isnin – Pemimpin Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal menegaskan bahawa politik perlu dilaksanakan dengan ketahanan yang kuat untuk memcapai matlamatnya.
Beliau berkata demikian melalui panggilan telefon oleh Qud Press kepada hadirin pada majlis pengebumian pejuang Hamas, Mohamed Al-Faqih yang dibunuh oleh tentera Zionis di Hebron.
‘’Sebarang tindakan popular, perundangan dan politik yang memihak kepada gerakan kebangsaan adalah penting, tetapi kekuatannya bertambah apabila ia dihadapi dengan pelbagai rintangan,’’ katanya.
Pemimpin kanan Hamas itu juga menegaskan bahawa perjalanan politik yang tidak menghadapi sebarang rintangan tidak akan mencapai apa-apa dalam isu Palestin.
Beliau turut menekankan perlunya kepentingan bersama dan perpaduan rakyat Palestin untuk menghadapi pelbagai rintangan dalam perjalanan politik.
Mesej yang dihantar oleh orang yang mati syahid dan pejuang Palestin adalah untuk mencapai perdamaian, yang tidak akan dicapai tanpa perpaduan dalam negara, katanya lagi.
“Dalam usaha untuk kembalikan perjuangan rakyat Palestin sebagai isu utama dan keutamaan dalam agenda Arab dan antarabangsa, kita perlu bersatu dan bersetuju dengan program politik secara bersama berdasarkan rintangan dan tindakan politik. – Agensi
The post Kekuatan politik capai matlamat perjuangan: Hamas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan