Kerajaan Perak tak rancang roboh Pusat Pelajar Islam (PPI)

ppi perak
IPOH, Selasa – Kerajaan negeri Perak tidak mempunyai sebarang perancangan untuk merobohkan Pusat Pelajar Islam (PPI) di sini, sebagaimana yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memartabatkan sekolah agama di Perak.

“Malah kerajaan negeri kini sedang berusaha menubuhkan sekolah atau pusat tahfiz di setiap daerah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai berita viral yang menyebut PPI akan dirobohkan oleh pihak kerajaan negeri dan digantikan dengan pembinaan kondominium mewah.

“Berita palsu…tiada usaha untuk gantikan kepada kondominium. Orang ramai diminta tidak mempercayai berita yang tiada kesahihannya,” katanya.

PPI ditubuhkan oleh Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak pada 1991 antara lain untuk menyemarakkan ilmu dan pendidikan yang mapan kepada pelajar-pelajar di samping memartabatkan keunggulan Islam di negeri itu.

Pusat itu menawarkan kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), pra kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Pra Kafa), kelas taman didikan kanak-kanak (Tadika); taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan pusat jagaan kanak-kanak. – Bernama

The post Kerajaan Perak tak rancang roboh Pusat Pelajar Islam (PPI) appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?