Ketua Polis Nilai terima surat ugutan IS

KUALA LUMPUR 04 March 2015. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, di sidang media penglibatan rakyat Malaysia dalam rakaman video peyembelihan rakyat Syria di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. NSTP/Salhani Ibrahim

NILAI, Selasa – Ketua Polis Daerah Nilai memaklumkan bahawa beliau menerima surat ugutan tertera “IS Ancam” di balai polis, semalam.

Surat itu memiliki halaman sebanyak dua muka surat, di mana muka surat pertama tertera surat itu ditujukan kepada Ketua Polis Daerah Nilai dan gambar sembilan individu, termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, ketua polis negara, peguam negara serta Aung San Suu Kyi dan diakhiri perkataan “menunggu surat rasmi”.

Muka surat kedua pula dinyatakan terdapat 212 ahli dan enam pakar di Negeri Sembilan, Kuala Pilah mempunyai 316 ahli dan empat pakar, Nilai ada 114 ahli dan lapan pakar, Port Dickson terdapat 97 ahli dan dua pakar.

Pengirim dipercayai cuba menunjukkan pengaruh kumpulan itu di Negeri Sembilan kepada pihak polis menerusi kandungan muka surat kedua itu.

Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan surat tertera nama IS itu diterima pihak polis, semalam.

Beliau berkata, surat berkenaan diserahkan kepada unit forensik untuk siasatan lanjut dan polis giat mengenal pasti motif serta identiti pengirim surat itu.

Ayob turut mendedahkan pihak polis pernah menerima surat ugutan seperti itu kira-kira dua bulan lalu, namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.

The post Ketua Polis Nilai terima surat ugutan IS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?