Kualiti udara bertambah baik
KUALA LUMPUR, Rabu – Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik dengan hanya lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana hari ini berbanding 16 kawasan semalam.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat 12 tengah hari, kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana adalah Pasir Gudang, Johor (58); Bakar Arang, Kedah dan Kampung Air Putih, Perak masing-masing merekodkan bacaan 55.
Nilai, Negeri Sembilan dan Seberang Jaya 2, Pulau Pinang pula masing-masing merekodkan bacaan 54 manakala Samarahan, Sarawak (52); Pelabuhan Klang dan Larkin Lama, Johor dengan bacaan sama iaitu 51.
Ia berbeza dengan semalam dengan 16 kawasan mencatatkan IPU sederhana setakat 11 malam dengan bacaan paling tinggi 72 di Nilai.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, bahaya.
Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my. – Bernama
The post Kualiti udara bertambah baik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan