Lagi cubaan halang pembinaan masjid di Berlin
BERLIN, Sabtu – Lagi cubaan menghalang pembinaan masjid di Berlin apabila beberapa individu menutup pintu masjid menggunakan bata selain menampal pelekat berunsur perkauman.
Dilaporkan beberapa risalah menghina turut dilekatkan pada dinding masjid berkenaan di sebuah pekan di timur laut Jerman sebagai tanda protes.
Polis di pekan Parchim, Mecklenburg-Western Pomerania memaklumkan siasatan akan dilakukan selepas terdapat laporan mengatakan pintu masuk masjid yang sedang dalam pembinaan ditutup dengan tembok bata setinggi satu meter.
Menurut laporan, tembok itu diruntuhkan sebelum polis sampai ke situ, namun aktivis pusat propelarian tempatan, Network for Refugees in Parchim (NRP), sempat merakam gambar dan memuat naik ke Facebook.
Dalam laman Facebooknya, NRP berkata, kejadian itu kali kedua masjid terbabit menjadi sasaran jenayah perkauman. – Agensi
The post Lagi cubaan halang pembinaan masjid di Berlin appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan