Lapan NGO serah memorandum bantah kemasukan Pokemon Go

pokemon-go-new3-1200x675

PUTRAJAYA, Khamis – Lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, supaya menyekat kemasukan permainan Pokemon Go ke negara ini.

Memorandum bantahan yang diketuai Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) itu diserahkan oleh Presidennya, Amir Amsaa Alla Pitchay kepada Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) kementerian itu, M Janaga Rajan.

Amir Amsaa berkata, permainan itu perlu dihalang kemasukannya kerana lebih banyak menyumbang kepada perkara negatif sehingga melalaikan pengguna.

“Permainan ini boleh menyebabkan gangguan emosi kepada pemainnya, selain menimbulkan masalah sosial dalam kalangan pelajar yang akan leka bermain.

“Justeru, kerajaan perlu menghalang permainan ini kerana ia tidak memberi manfaat dan melalaikan generasi muda yang bakal memimpin negara,” katanya.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Usahawan Ikatan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah dan Pengerusi Gerak Kerja Ayahanda Selangor (Gegas), Abdul Rani Kulup.

Pokemon Go adalah satu permainan gajet yang menjadi viral kerana tampil dengan ciri gabungan alam fantasi dan sistem navigasi GPS. Ia membolehkan pemain memburu haiwan digital menerusi teknologi ini yang mengesan lokasi dan waktu pemain.

Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi haiwan Pokemon seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna mengesan Pokemon di sekeliling mereka menggunakan telefon ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.

Baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor turut membuat gesaan supaya permainan itu diharamkan kerana ia banyak menyumbang kepada keburukan.

The post Lapan NGO serah memorandum bantah kemasukan Pokemon Go appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?