Lima maut helikopter Russia ditembak jatuh di Aleppo
ALEPPO (SYRIA), Isnin – Sebuah helikopter Mi-8 milik Russia ditembak jatuh ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar bekalan dalam misi kemanusiaan di sini, membunuh tiga krew dan dua pegawai bantuan Russia, beberapa jam lalu.
Kenyataan dari Kremlin menyatakan helikopter terbabit dalam perjalanan pulang ke pangkalan udara di Khmeimim. Identiti mereka yang terbunuh belum dikeluarkan.
Badan Perdamaian Russia adalah pertubuhan yang menganjurkan rundingan damai antara kerajaan Syria dan kumpulan pembangkang sederhana yang tidak bersekutu dengan IS, Al-Nusra dan pejuang lain.
Pertubuhan itu juga memantau gencatan senjata antara pihak yang berseteru serta menghantar bekalan kemanusiaan di beberapa kawasan di Syria.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov mengesahkan semua yang berada di dalam helikopter itu terbunuh. – Agensi
The post Lima maut helikopter Russia ditembak jatuh di Aleppo appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan