Malaysia minta Thailand kemuka senarai rakyat ada dwi warganegara

Minister of Defence YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR, Sabtu – Malaysia meminta Thailand mengemukakan senarai rakyatnya yang didakwa memiliki dwi kewarganegaraan bagi membolehkan isu terbabit diselesaikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, senarai maklumat berkenaan mesti disertakan dengan butiran biometrik

Ini kerana katanya, adalah sukar untuk menyelesaikan isu itu tanpa butiran biometrik individu yang didakwa memiliki dwi kewarganegaraan.

“Malaysia bersedia untuk bekerjasama (dengan Thailand dalam isu dwi kewarganegaraan) jika butiran biometrik disertakan bersama kerana kita ada sistem yang boleh menyemak.

“Sistem Jabatan Pendaftaran Negara yang mengguna sistem biometrik akan memudahkan verifikasi. Jika tiada (butiran biometrik) adalah sukar untuk dilaksanakan,” katanya.

Mengulas lanjut Zahid berkata, kedua-dua negara telah menetapkan dengan hanya membenarkan satu kerakyatan bagi setiap warganegara.

Susulan itu katanya, isu ini akan dibawa pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama di Kuala Lumpur tahun ini untuk diperincikan bagi mencari jalan penyelesaian.

The post Malaysia minta Thailand kemuka senarai rakyat ada dwi warganegara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?