Malaysia tidak perlu sediakan peguam bela Riza Aziz, Jho Low

azlina-othman-e1448893694900

KUALA LUMPUR, Isnin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan tidak perlu menghantar peguam untuk membela warganegara yang disebut dalam saman sivil berkaitan 1MDB oleh Jabatan Kehakiman(DoJ) Amerika Syarikat (AS).

Katanya, pentadbiran tidak perlu masuk campur kerana kerajaan tidak disebutkan dalam dokumen 136 halaman itu, yang difailkan DoJ 20 Julai lalu.

“Ini merupakan perkara peribadi antara pemerintah AS (dan Riza Aziz dan Low Taek Jho),” kata Azalina kepada pemberita selepas ditanya samada Malaysia akan menghantar peguam membela Riza dan Jho Low.

Azalina, yang bertanggungjawab keatas hal ehwal undang-undang telah mengkaji dokumen terbabit dan mendapati ia ditujukan kepada perundangan AS tertentu, dibawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi, dan secara khusus merujuk kepada empat individu.

Selain Jho Low dan Riza, DoJ turut mengenalpasti pegawai pemerintah Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam saman yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.05 bilion) diseleweng daripada 1MDB.

Bagaimanapun, Azalina memberitahu pemberita supaya merujuk perkara ini kepada Peguam Negara kerana ia di bawah bidang kuasa Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Dalam saman yang difailkan DoJ untuk menyita aset milik beberapa individu dan syarikat 1MDB menyatakan bahawa dana yang diseleweng turut dibelanjakan untuk bayaran perjudian.

Selain itu, dokumen saman yang difailkan di Los Angeles turut menyatakan dana berkenaan dibelanjakan untuk membeli aset defendan, selain membiayai gaya hidup mewah mereka yang turut berkonspirasi dalam penyelewengan itu.

Ini termasuk pembelian lukisan dan barang kemas, hartanah mewah dan membayar selebriti terkenal bagi menghadiri parti.

Dokumen itu turut menyatakan aset milik defendan adalah sebahagian daripada hasil lebih AS$3.5 bilion yang diselewengkan dari 1MDB dalam tempoh beberapa tahun lalu.

The post Malaysia tidak perlu sediakan peguam bela Riza Aziz, Jho Low appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?