Mufti gesa tindakan terhadap Namewee diambil sebagai pengajaran Islam tak boleh dihina
PULAU PINANG, Isnin – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan berat terhadap Namewee yang menghasilkan sebuah video menghina umat Islam.
Ini berikutan kata, fenomena menghina agama Islam semakin kerap dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Hukuman yang keras terhadap Namewee perlu dilakukan jika didapati benar beliau melakukan perbuatan tersebut, ia adalah sebagai pengajarannya. Bahkan ia juga sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja supaya tidak melakukan tindakan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Namewee sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menghasilkan muzik video ‘Oh My God’ yang dianggap menghina pelbagai agama, termasuk Islam.
Klip muzik video empat minit yang diarah dan dihasilkan dengan penampilan khas pemuzik Taiwan yang dikenali sebagai Nine-One-One itu dimulai dengan laungan azan, koir gereja, pukulan gong meditasi Buddha dan loceng kuil Hindu.
Dr Wan Salim berkata, tindakan provokasi Namewwe adalah merbahaya kerana boleh membawa kepada ketegangan dalam hubungan antara kaum dan penganut pelbagai agama.
“Jadi saya ingin menggesa semua pihak bertanggungjawab dan para pemimpin kesemua kaum supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada pengikut masing-masing.
“Ia mengenai keperluan memelihara keharmonian hubungan antara pelbagai kaum dan penganut supaya menghormati perbezaan agama, budaya dan adat resam masing-masing,” katanya.
The post Mufti gesa tindakan terhadap Namewee diambil sebagai pengajaran Islam tak boleh dihina appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan