Muslim Perancis tubuh yayasan biaya kewangan masjid

A muezzin stands as he makes his call to prayer as members of the Muslim community arrive to attend Friday prayers at Strasbourg Grand Mosque, France, January 8, 2016. REUTERS/Vincent Kessler - RTX21JW9

PARIS, Selasa – Majlis Islam Perancis akan mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu membiayai kewangan masjid di negara itu dan mengelakkan menerima sebarang dana daripada penderma radikal.

Ketua Majlis Islam, Anouar Kbibech berkata, cadangan yayasan itu adalah untuk membiayai pembinaan dan pengendalian masjid.

“Hampir semua umat Islam di Perancis terbuka dan menghormati sepenuhnya nilai dan undang-undang kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazenueza berkata, beliau mahu yayasan itu dilancarkan pada bulan Oktober ini.

Perdebatan mengenai pembiayaan masjid di negara itu tercetus selepas insiden pembunuhan seorang paderi di gereja Normandy oleh dua militan IS.

Sebahagian pemerhati menyifatkan, pengaruh asing ke atas masjid dan surau di Perancis boleh menggalakkan kepada kemasukan ideologi radikal.

Bernard berkata, 20 tempat ibadat bagi orang Islam telah ditutup sejak beberapa bulan lalu ekoran terdedah dengan ideologi radikal.

“Tiada tempat di negara ini untuk individu-individu yang menggalakkan kebencian di surau atau masjid dan tidak menghormati prinsip kerajaan,” katanya.

Perancis adalah negara sekular yang mempunyai masyarakat Islam terbesar di Eropah, namun melarang penggunaan wang negara untuk tempat-tempat ibadat.

Sebelum ini, Perdana Menterinya, Manuel Valls berkata beliau mahu menamatkan sebarang pembiayaan dari luar negara untuk pembinaan masjid.- Agensi

The post Muslim Perancis tubuh yayasan biaya kewangan masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?