Op Laju kesan pemandu bas di lebuh raya bermula hari ini
MELAKA, Selasa – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Op Laju bagi mengesan pemandu kenderaan perdagangan terutamanya bas ekspres yang memandu di lorong kanan secara berterusan di sepanjang lebuh raya negara ini, mulai hari ini
Ketua Pengarahnya, Datuk Nadzri Siron berkata, pemandu kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan berkenaan akan disaman serta-merta sebanyak RM300.
“Kebelakangan ini kita menerima banyak aduan kenderaan perdagangan terutamanya bas ekspres sering dipandu laju di lorong paling kanan lebuh raya.
“Perbuatan ini amat berbahaya kepada penumpang dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran JPJ Melaka di Kompleks JPJ Bukit Katil di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, mana-mana kenderaan perdagangan yang dikesan memiliki rekod kesalahan yang banyak akan disita mengikut Seksyen 59 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
The post Op Laju kesan pemandu bas di lebuh raya bermula hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan