PAS masih mampu pertahan Kelantan

Naib-Presiden-PAS-Datuk-Mohd-Amar-Nik-Abdullah

KOTA BHARU, Khamis – Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, secara peribadi beliau berpendapat PAS masih mampu mempertahan kerajaan negeri.

Beliau berkata, meskipun parti Islam itu berdepan serangan berterusan daripada parti serpihan PAS dan UMNO, namun PAS yakin mampu mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Apa yang saya nampak sekarang PAN asyik duduk gertak supaya kita berunding dengan mereka bagi memberi laluan sekurang-kurangnya beberapa kerusi.

“Mereka sebenarnya sedar tiada kekuatan untuk bertanding. Kalau PAN benar-benar mahu bertanding di Kelantan mereka sebenarnya mahu menolong UMNO dan bukan menewaskan parti itu,” katanya, di sini, hari ini.

Walhal, Timbalan Menteri Besar itu berkata, sebelum ini pemimpin parti serpihan itu sering bercakap mahu mengalahkan UMNO dan menawan Putrajaya.

Dalam masa yang sama, Mohd Amar memberitahu bahawa hubungan dengan PKR masih berjalan dan dipertahankan sehingga sekarang.

Meskipun terdapat cadangan Dewan Muslimat supaya dikaji semula hubungan dengan PKR, namun Majlis Syura Ulama belum lagi membincangkan isu tersebut.

“Hubungan dengan PKR di Kelantan baik dan mesra. Ada program diadakan bersama,” katanya.

The post PAS masih mampu pertahan Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?