PAS sedia ambil alih Terengganu tanpa melalui PRN

Satiful-Bahri-Mamat

KUALA TERENGGANU, Khamis – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata, PAS sedia mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu sekiranya berlaku perubahan majoriti Dewan Undangan Negeri susulan kemelut dalaman UMNO.

“PAS ini bila-bila masa sahaja kita bersedia untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sekiranya majoriti kerusi memihak kepada kita.

“Pendirian kita tetap sama, ini masalah dalaman UMNO, biar dia selesaikan, kalau tidak mampu selesaikan juga, kena serahkan kepada rakyat balik mandat dengan membuat pilihan raya negeri, kalau tidak masalah ini menyebabkan rakyat menjadi serabut dan muak dengan kerajaan sedia ada,” katanya lapor sebuah portal berita, hari ini.

Mengulas lanjut, Saiful menggesa bekas Menteri Besar, Ahmad Said dan Adun BN lain yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Razif jangan hanya bercakap, tetapi perlu keluar UMNO dengan segera.

“Kita juga bersedia dalam apa keadaan sekali pun, maknanya kalau adakan pilihan raya sekali pun, kita sudah bersedia,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui ia hendaklah mendapat perkenan Sultan bagi menukar kerajaan kerajaan tanpa melalui proses pilihan raya.

The post PAS sedia ambil alih Terengganu tanpa melalui PRN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?