PBB dakwa Arab Saudi langgar hak asasi manusia

PBB

NEW YORK, Sabtu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa Arab Saudi telah melanggar hak asasi manusia apabila bertindak membedil sasaran awam secara sengaja dan membunuh kanak-kanak semasa kempen ketenteraan di Yaman.

Dalam satu laporan sulit pertubuhan itu menyatakan serangan udara jet pejuang Saudi di perkampungan selatan wilayah Lahj, 25 Mei lalu, jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Rumah awam adalah sasaran bedilan pesawat perang. Arab Saudi dan sekutunya gagal mengambil langkah berjaga-jaga.

“Mereka telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa semasa melancarkan serangan udara di seluruh negara itu,” kata laporan itu.

Dimkalumkan laporan berkenaan disiarkan ketika pakar masih menjalankan siasatan terperinci terhadap tiga lagi serangan udara Arab Saudi di pelbagai tempat awam di seluruh Yaman. -Agensi

The post PBB dakwa Arab Saudi langgar hak asasi manusia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?