Pemilik restoran di Perancis mohon maaf halau wanita bertudung

france-7591

PARIS, Selasa – Pemilik restoran Le Cenacle Tremblay-en-France di pinggir ibu kota Paris yang menghalau dua wanita Islam dari memasuki restorannya dilaporkan memohon maaf atas kebiadabannya.

Pemilik berkenaan juga meminta maaf susulan kenyataannya mengatakan umat Islam pengganas.

Dia juga menyatakan rasa kesal selain menyalahkan kontroversi larangan perdebatan pemakaian burkini di Perancis yang menyebabkan dirinya terikut-ikut sehingga bertindak luar batasan

Insiden bermula apabila pemilik restoran itu bertindak menghalau kedua-dua wanita kerana mereka memakai tudung.

Sebuah video berdurasi kurang seminit turut dirakam oleh salah seorang pengunjung restoran sebelum dimuat naik dalam laman sosial.

Daily Mail melaporkan, orang ramai melahirkan kemarahan apabila pemilik restoran itu mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam adalah pengganas, sebelum menghalau dua wanita terbabit.

Susulan kejadian itu, Menteri Keluarga, Kanak-kanak dan Hak-hak Wanita Perancis, Laurence Rossignol berkata, pihaknya sudah mengarahkan siasatan dan menggesa pengusaha restoran berkenaan menghentikan sikapnya yang tidak boleh diterima itu.-Agensi

The post Pemilik restoran di Perancis mohon maaf halau wanita bertudung appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?