Pengerusi Unit Hal Ehwal Bukan Islam Sarawak diumum akhir tahun ini

Amar-Douglas-Uggah

KUCHING, Rabu – Pengerusi Unit Hal Ehwal Bukan Islam Sarawak akan dilantik sebelum akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga menteri bertanggungjawab ke atas unit itu berkata ia akan diketuai oleh seorang yang mampu melihat pelbagai isu yang dihadapi agama lain di negeri tersebut.

“Pengerusi itu bukan paderi Kristian seperti yang dikatakan sebelum ini,” kata Uggah kepada media di sini hari ini.

“Kita perlu mendapatkan seseorang yang berkecuali supaya tidak timbul isu pada hari kemudian,” katanya.

Unit itu adalah cetusan idea Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan ia ditubuhkan Februari tahun ini.

Menurut Uggah ia akan menjadi forum yang sangat penting di mana isu sensitif dan isu lain mengenai pembangunan agama bukan Islam, dapat ditangani dan dibincangkan dengan baik.

“Ia juga menjadi jambatan antara orang Islam dan bukan Islam untuk memupuk dan memperkukuhkan perpaduan, hubungan dan keharmonian dalam kalangan mereka,” katanya.

Uggah mempengerusikan mesyuarat pertama unit itu pada Mac lepas. -Bernama

The post Pengerusi Unit Hal Ehwal Bukan Islam Sarawak diumum akhir tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?