Perak akan bina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat: Menteri Besar

2015-8-7 Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Pic by Wong Tuck Keong.

TELUK INTAN, Selasa — Perak akan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk memastikan rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, ini akan direalisasikan menerusi penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak yang telah diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis penyerahan kunci rumah Pangsapuri Laksamana Amanjaya Daerah Hilir Perak di perumahan itu di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim.

Majlis berkenaan menyaksikan pemberian kunci kepada 93 penyewa untuk fasa pertama rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) berkenaan.

Setiap unit pangsapuri berkeluasan 825 kaki persegi itu dilengkapi tiga bilik tidur dengan kadar sewa RM124 sebulan. PPR dibina bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 untuk memiliki rumah.

Sehingga kini, Perak memiliki 13,160 unit rumah PPR jenis sewa beli, 475 unit PPR jenis jual beli dan 2,583 unit PPR jenis sewa. — Bernama

The post Perak akan bina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat: Menteri Besar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?