Perdim mahu jadi peneraju penjagaan kesihatan ummah

KUALA LUMPUR 17 February 2015. Pertubuhan Doktor - Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail mengadakan sidang media untuk menggesa Peniaga dan Peruncit Usaha Menurunkan Harga Bekalan dan Barangan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). NSTP/Rosela Ismail

Sumber foto: NSTP/Rosela Ismail

KUALA TERENGGANU, Isnin — Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim) mahu pembabitan mereka dalam usaha mentransformasi sistem penjagaan kesihatan di negara ini diterima masyarakat.

Yang Dipertua Perdim, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, Perdim adalah pengamal perubatan yang berada di lapangan, berinteraksi terus dengan pesakit dan memahami masalah dan kesan sesuatu perubahan yang berlaku terhadap pesakit.

“Kita menjadi tempat rujukan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan berkongsi penyelesaian dari sudut perspektif Islam di mana kebajikan pengguna dan pesakit menjadi keutamaan.

“Walaupun belum diiktiraf, namun kita berazam mengorak langkah mengharungi sebarang cabaran demi kesejahteraan kesihatan bersama rakyat di negara ini.

“Sebagai persatuan doktor-doktor Islam, kita memberi penekanan kepada perubatan Islam dengan menitik berat dari segi etika dengan memahami konsep halal dan haram dalam perubatan Islam,” katanya kepada Bernama selepas mesyuarat agung pertubuhan itu di sini semalam.

Dr Ahmad Shukri berkata, dalam meningkatkan kefahaman para anggota yang terdiri daripada pengamal perubatan swasta terhadap sistem penjagaan kesihatan di negara ini, Perdim telah mengadakan beberapa siri pembelajaran, persidangan dan bengkel.

Katanya, program khidmat masyarakat menjadi satu daripada aktiviti tradisi Perdim seperti ‘sunathon’ iaitu bersunat beramai-ramai yang melibatkan anak yatim dan golongan asnaf yang telah dijalankan sejak awal penubuhannya.

Ditubuhkan Ogos tahun lepas, penubuhannya bertujuan bagi mewakili suara dan hak doktor-doktor swasta yang bertanggungjawab mensejahterakan ummah melalui amalan perubatan yang menurut syariat Islam. — Bernama

The post Perdim mahu jadi peneraju penjagaan kesihatan ummah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?