Perisikan, tentera perlu berada bawah kuasa presiden: Erdogan
ANKARA, Selasa – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau mahu agensi perisikan negara dan tentera diletakkan di bawah kawalan langsung presiden republik.
Dalam satu temu bual televisyen, Erdogan berkata keputusan itu memerlukan pindaan Perlembagaan dan kelulusan Parlimen Turki.
Erdogan sedang menyusun semula barisan tentera selepas percubaan rampasan kuasa gagal pada 15 Julai lalu.
Dalam wawancara yang sama, Erdogan mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk menutup sekolah-sekolah tinggi tentera dan menubuhkan Universiti Pertahanan Nasional yang akan menyediakan latihan untuk kakitangan negeri dan akan menghubungkan hospital tentera dengan Kementerian Kesihatan.
Pembinaan kapal juga akan dihubungkan dengan Kementerian Pertahanan.
Terdahulu, Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim mengumumkan penutupan berek tentera yang terletak di bandar-bandar, khususnya di Ankara dan Istanbul. – Agensi
The post Perisikan, tentera perlu berada bawah kuasa presiden: Erdogan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan