Pesawat AirAsia tangguh penerbangan akibat ancaman bom
Gambar hiasan
BANGI, Rabu – Syarikat tambang murah, AirAsia terpaksa menangguhkan penerbangan pesawatnya di terminal baharu, KLIA2 berikutan menerima ancaman bom.
Jurucakap AirAsia memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan mengenai insiden itu.
Sementara itu, Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan mengenai ancaman bom yang melibatkan pesawat penerbangan tambang murah itu di KLIA2.
“MAHB telah dimaklumkan mengenai ancaman bom oleh syarikat berkenaan dalam pesawatnya di KLIA2, sehubungan itu pihak MAHB sedang bekerjasama dengan AirAsia dan pihak bertanggungjawab bagi menangani isu ancaman tersebut.
“Buat masa ini ancaman tersebut tidak menjejaskan operasi penerbangan syarikat lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.
The post Pesawat AirAsia tangguh penerbangan akibat ancaman bom appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan