Piagam Madinah wajar jadi model gagasan bangsa Malaysia

maxresdefault (1)

SHAH ALAM, Jumaat – Institut Darul Ehsan (IDE) mengesyorkan Piagam Madinah dijadikan model untuk membina gagasan bangsa Malaysia di negara kita.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata, Piagam Madinah ini sesuai jika diaplikasikan dalam konteks membentuk kerangka negara bangsa yang meliputi semua aspek kehidupan.

“Perlu diingat pembinaan bangsa Malaysia boleh menggunakan acuan Piagam Madinah melalui konsep ummah (bangsa).

“Iaitu yang didasari dengan persamaan hak dan tanggungjawab, mereka mendapat apa yang kita dapat dan mereka menanggung apa yang kita tanggung jadi prinsip kesaksamaan ini boleh diguna pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Wacana Kenegaraan yang membincangkan mengenai Pembinaan Bangsa Malaysia: Aspirasi dan Realiti di Dewan Gemilang, Hotel Carlton, Shah Alam, semalam.

Menolak pandangan yang menganggap Piagam Madinah ini tidak bersesuaian katanya, apa yang diutarakan mereka itu adalah pandangan tidak berasas.

‎”Ada orang kata jangan pakai Piagam Madinah. Itu pandangan yang terlalu mudah, bagi saya ‎yang harus kita cari dalam Piagam ini bukan rincian tetapi prinsip-prinsip untuk membina bangsa, kerana sudah ada garis panduan dalam Piagam tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut Dr Siddiq berkata, dalam Piagam Madinah tiada paksaan untuk mereka meleburkan identiti mereka, di mana konsep ini dilihat sesuai dengan suasana Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.

“Tiada peruntukkan Piagam Madinah untuk membuang identiti mereka, tetapi mereka semua itu berada dalam bingkai kesatuan prinsip-prinsip kesamaan dan hak dalam Madinah.

“Kerana itu kita tidak perlu memaksa orang masuk Melayu, tidak perlu memaksa mereka menukar jati dirinya, jadi orang Cina boleh meneruskan budaya hidupnya, India juga begitu, Melayu pun begitu, cuma ia disatukan dengan satu bingkai komitmen kebersamaan,” katanya.

The post Piagam Madinah wajar jadi model gagasan bangsa Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?