Pilihan Raya Negeri Terengganu mungkin diadakan
KUALA TERENGGANU, Jumaat – Jika keadaan memaksa dan sebagai jalan terakhir, maka Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan, kata Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman, hari ini.
Beliau yang menerima tekanan hebat daripada bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berikutan kemelut politik di negeri itu, bagaimanapun, berharap PRN tidak diadakan sebaliknya rakyat perlu menunggu diadakan Pilihan Raya Umum Ke-14.
Daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi, PAS (14) dan PKR (1).
BN akan hilang majoriti, jika Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.
“Apabila buat pilihan raya umum selain untuk kerusi Parlimen, kena buat sekali lagi untuk kerusi negeri, bermakna Terengganu kena buat dua kali (pilihan raya). Ini akan merugikan rakyat dengan keadaan kewangan sekarang atau kegawatan ekonomi.
“Tapi kalau keadaan memaksa, kerajaan negeri bersiap sedia hadapi sebarang kemungkinan. Kita beri jaminan, Badan Perhubungan UMNO negeri sentiasa siap sedia menghadapinya demi rakyat,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jakarta, semalam mengenai kemungkinan PRN Terengganu akan diadakan berikutan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu.
The post Pilihan Raya Negeri Terengganu mungkin diadakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan