PM Iraq sekat Ahli Parlimen dituduh rasuah ke luar negara

Iraqi-Prime-Minister-Haidar-al-Abadi

BAGHDAD, Rabu – Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi telah mengeluarkan larangan ke luar negara terhadap beberapa Ahli Parlimen yang dituduh terlibat dengan rasuah.

Haider dalam satu kenyataan rasmi pejabat Perdana Menteri mengarahkan larangan untuk ke luar negara itu hanya sementara waktu, sehingga siasatan terhadap semua yang dituduh selesai.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Khaled al-Obeidi menuduh Speaker Parlimen, Salim al-Jabouri dan beberapa ahli politik lain terlibat dalam skandal perniagaan bagi mencari kontrak untuk menjual pesawat, kenderaan dan barang-barang lain kepada angkatan tentera.

Beliau berkata, mereka cuba mempengaruhi pelantikan kementerian dan beberapa cubaan memeras ugutnya.

Bagaimanapun, kesemua yang dituduh menafikan dakwaan itu dan dipanggil untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Suruhanjaya Integriti, Talal al-Zobaie berkata, satu jawatankuasa Parlimen yang dilantik akan memulakan tugasnya hari ini untuk menyiasat dakwaan itu.

“Perkara ini disebabkan kekecohan di Parlimen,” katanya. – Agensi

The post PM Iraq sekat Ahli Parlimen dituduh rasuah ke luar negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?