Pokemon Go: Elak permainan pesongkan akidah, kata Mufti Pahang
KUANTAN, Sabtu – Umat Islam perlu mengelak daripada terjebak dengan sebarang permainan yang boleh mencetuskan kemudaratan sehingga memesongkan akidah.
Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Othman berkata, sekiranya terdapat permainan yang boleh memesongkan akidah seseorang, maka ia akan menjadi haram di sisi agama Islam.
“Isu permainan karektor Pokemon dan aplikasi Pokemon Go sekiranya asasnya boleh merosakkan maka kita boleh terima ia sebagai haram.
“Walaupun bagi Pejabat Mufti Negeri Pahang masih belum mengeluarkan sebarang fatwa khas berhubung aplikasi permainan ini namun ia boleh diterima sekiranya permainan tersebut boleh membawa kepada masalah dan kemudaratan.
“Bukan mudah untuk tentukan haram sewenangnya memandangkan perlu membuat mesyuarat dan kajian melalui jawatankuasa yang telah dilantik.
“Namun sekiranya di beberapa negara dan negeri lain sudah mengeluarkan fatwa, sama ada haram atau sebaliknya, kita boleh dan kena terima memandangkan ia mempunyai kaitan dengan orang Islam,” katanya , lapor Sinar Harian.
Susulan itu Dr Rahman berkata, ibu bapa mesti mengawal dan tidak membiarkan anak-anak tenggelam dalam kelalaian yang boleh merosakkan mereka.
“Permainan tersebut adalah satu aplikasi yang direka maka kita seharusnya lebih peka dan melihat kesan-kesannya selepas itu,” katanya.
The post Pokemon Go: Elak permainan pesongkan akidah, kata Mufti Pahang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan