Polis kerjasama dengan IPT tangani penularan IS
SHAH ALAM, Selasa – Polis bekerjasama dengan pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk dalam menangani penularan fahaman kumpulan militan IS.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latif berkata, pihak berkuasa memandang serius penularan fahaman itu dalam kalangan penuntut IPT.
“Kami bukan saja mengawal dan mengambil tindakan sewajarnya, malah memberi kesedaran kepada penuntut bahawa ancaman pengganas seumpamanya adalah benar.
“Ia dibuktikan melalui pengamatan, intipan dan penguatkuasaan menerusi operasi tangkapan yang menunjukkan kecenderungan kepada kumpulan itu.
“Memang ada kes di Selangor namun biar kita menjalankan siasatan terlebih dulu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usaha polis Selangor membanteras penularan ideologi IS dalam kalangan penuntut terutama pelajar baharu yang baharu mendaftar di universiti awam sejak minggu lalu.
Justeru, beliau berkata, pihaknya mengambil tindakan sewajarnya untuk membendung dan memberi kesedaran kepada pelajar mengenai IS.
The post Polis kerjasama dengan IPT tangani penularan IS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan