Polis tahan lelaki minta pengikut RM600 untuk masuk Syurga
JAKARTA, Sabtu – Lelaki yang pernah ditangkap kerana mengaku dirinya sebagai nabi di Jawa Barat tahun lalu, kini menyebarkan ajaran terbaharu dengan meminta bayaran Rp2 juta (kira-kira RM600) kepada setiap pengikutnya.
Bayaran tersebut perlu diberikan atas alasan tiket untuk masuk ke Syurga.
Lelaki itu, Abdul Muhjib dilaporkan menjalankan kegiatannya di sebuah pondok yang didirikan bersama lima rakannya di kampung Medal Sari di daerah Tegal Waru di Karawang, Jawa Barat.
Polis menahan Abdul Muhjib atas dakwaan memperdayakan masyarakat kampung dan dia ditahan di balai polis Karawang untuk siasatan lanjut.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Pangkalan, Kerawang di Jawa Barat, Rahmat Ginanjar berkata, Abdul Muhjib sebelum ini pernah ditahan polis tetapi dibebaskan kerana berjanji tidak akan meneruskan ajarannya dan bertaubat di hadapan pegawai agama dari Majlis Ulama Indonesia.
Bagaimanapun dia didapati tidak serik untuk menipu dan menggiatkan semula ajaran sesatnya pada awal bulan ini. -Agensi
The post Polis tahan lelaki minta pengikut RM600 untuk masuk Syurga appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan