ismakualaterengganu

Poster tak tutup aurat boleh undang keinginan seksual: EXCO Kelantan

KOTA BHARU, Khamis – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tindakan memaparkan poster model...

image (24)

KOTA BHARU, Khamis – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tindakan memaparkan poster model yang tidak menutup aurat akan mengundang keinginan seksual kepada mereka yang melihat.

Justeru katanya, larangan poster yang memaparkan imej tidak menutup aurat di negeri ini adalah wajar.

“Sebab itu kami mengambil keputusan untuk mengharamkan poster yang menunjukkan wanita memakai bikini atau yang tidak berpakaian sopan.

“Ia termasuk dalam syarat-syarat yang ditetapkan oleh semua pihak berkuasa tempatan sejak beberapa tahun,” katanya seperti lapor Mstar online.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kes saman yang dikeluarkan atas kesalahan mempamerkan poster model tanpa tudung baru-baru ini.

Dilaporkan sebuah farmasi dikenakan saman oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana mempamerkan poster model wanita yang tidak menutup aurat.

“Saya diberitahu pengurus terpaksa membayar RM150 bagi kesalahan itu. Ini adalah kali pertama kami disaman selepas poster itu diletakkan baru-baru ini,” kata pekerja farmasi berkenaan.

The post Poster tak tutup aurat boleh undang keinginan seksual: EXCO Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 474253468881584318
item