Prasekolah perlu ambil guru berkelulusan diploma tahun depan: Menteri Pendidikan

dsc01833
KUALA LUMPUR, Selasa – Semua agensi pelaksana pendidikan prasekolah perlu mengambil guru prasekolah baharu yang berkelulusan sekurang-kurangnya diploma mulai tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata penetapan kelayakan akademik itu akan dikuat kuasa sepenuhnya pada tahun 2020.

“Guru prasekolah yang sedang berkhidmat di bawah agensi kerajaan dan swasta boleh mengikuti pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang menawarkan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan menggunakan kelayakan masuk khas iaitu Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu.

poster-pejuang-2016-723x1024

“Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan pihak institusi pendidikan tinggi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mahdzir berkata semua agensi pelaksana perlu memberi perhatian terhadap kebajikan guru prasekolah sedia ada yang tidak memiliki kelayakan untuk melanjutkan pengajian pada tahap diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“Pendidikan prasekolah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan bagi kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Pada 1 April lepas kerajaan telah meluluskan penetapan kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi guru prasekolah di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, penetapan dasar itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di semua prasekolah dan pada masa yang sama menambah baik profesionalisme guru prasekolah di Malaysia. – Bernama

The post Prasekolah perlu ambil guru berkelulusan diploma tahun depan: Menteri Pendidikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian