Rasuah bank: Ramai lagi saksi akan dipanggil untuk siasatan SPRM

SPRM_MACC_malaysian_anti-corruption_commission_27072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_03
KUALA LUMPUR, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan lebih ramai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa bank, kata Pengarah Siasatannya Datuk Azam Baki.

Azam berkata SPRM mengesan mereka hasil rakaman percakapan orang yang telah ditahan.

“Kami telah merakam percakapan lebih 10 orang, termasuk pengarah urusan bank, kontraktor dan pihak swasta yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azam berkata saksi lain yang dikesan meliputi mereka yang memegang pelbagai jawatan dari seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, jumlah saksi berhubung kesalahan rasuah itu belum dipastikan.

Pada 29 Ogos lepas, SPRM menahan pengerusi bank bergelar ‘Tan Sri’ bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Tan Sri terbabit adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu. – Bernama

KLIK POSTER UNTUK PENDAFTARAN

KLIK POSTER UNTUK PENDAFTARAN

The post Rasuah bank: Ramai lagi saksi akan dipanggil untuk siasatan SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?