Razif anggap kemelut Terengganu pergaduhan adik-beradik

KUALA LUMPUR 27 MARCH 2016. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika sessi sidang media di Balai Berita NSTP Kuala Lumpur. NSTP/YAZIT RAZALI

PUTRAJAYA, Sabtu – Rakyat Terengganu tidak perlu bimbang dengan kemelut politik yang berlaku ketika ini berikutan semua isu berbangkit sudah selesai dan keadaan sudah kembali stabil.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pergolakan politik di Terengganu hanya ibarat pertelingkahan adik beradik, malah perkara itu dapat menguatkan lagi solidariti dan pemuafakatan dalam kalangan wakil rakyat di negeri itu.

Susulan itu katanya, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan diadakan Isnin ini sambil memaklumkan bahawa tidak ada sebarang kejadian luar biasa dijangka berlaku pada persidangan itu.

“Saya sering berhubung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memberi keyakinan kepada beliau bahawa keadaan di Terengganu terkawal, tidak ada yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Anak Terengganu, di sini, hari ini.

Kemelut politik di Terengganu mula timbul apabila dalam sidang DUN lalu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, membawa usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Ahmad Razif.

Razif berkata, masalah membabitkan Ahmad Said kini di bawah kawalan dan ia perlu diterima sebagai perkembangan positif.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk terus memandang ke hadapan bagi memajukan rakyat serta ekonomi Terengganu,” katanya.

 

The post Razif anggap kemelut Terengganu pergaduhan adik-beradik appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?