Rejim Bashar, kumpulan pemberontak enggan bertanggungjawab serangan gas toksik
ALEPPO, Rabu – Kerajaan rejim Bashar Assad dan kumpulan pemberontak menunding jari sesama sendiri berikutan enggan mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan gas toksik terhadap orang awam di sebuah bandar di barat daya Aleppo.
Pemberontak Syria menuduh rejim Bashar melancarkan serangan gas beracun itu, namun ia dinafikan pihak kerajaan sebaliknya kembali menunding jari dan menuduh ia adalah perbuatan kumpulan pemberontak.
Tuduhan kedua-dua pihak itu tercetus ketika pertempuran memuncak di sekitar bandar utara sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang terkorban.
Pasukan keselamatan dan perubatan melaporkan, puluhan orang awam mengalami sesak nafas yang teruk ekoran terhidu gas toksik itu.
Pakar neurologi, Dr Ibrahim Al Assad berkata, 16 daripada 29 kes yang dibawa ke hospital adalah wanita dan kanak-kanak, manakala seorang warga emas kritikal selepas mengalami kesukaran bernafas.
Media kerajaan melaporkan, lima orang terkorban dan lapan yang lain mengalami kesukaran bernafas selepas peluru yang dicampur dengan gas toksik itu mendarat di bandar lama Aleppo.- Agensi
The post Rejim Bashar, kumpulan pemberontak enggan bertanggungjawab serangan gas toksik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan