Sambutan merdeka meriah dengan semangat kesatuan rakyat Malaysia

maxresdefault

KUALA LUMPUR, Sabtu – Ribuan rakyat Malaysia hari ini mengambil peluang memeriahkan perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka.

Mereka mula berhimpun seawal jam 7 pagi bagi menunjukkan semangat kesatuan meskipun pelbagai kaum demi menghayati sambutan ‘Sehati Sejiwa’ sempena hari kemerdekaan.

Pelbagai persembahan dan perbarisan dipersembahkan oleh hampir 14,500 peserta pelbagai kontinjen, termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan.

Berangkat pada acara perbarisan dan perarakan sambutan di dataran penuh bersejarah itu ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Ketika berangkat tiba, Seri Paduka menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi diketuai Mejar Azadlee Rafedzi Kamal Rafedzi.

Ia diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serentak dengan 14 das tembakan kehormat disusuli dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku.

The post Sambutan merdeka meriah dengan semangat kesatuan rakyat Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?