Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-59 kepada seluruh rakyat Malaysia

IMG_2015-07-16-094408

 

Perjuangan kemerdekaan harus sentiasa mekar dan segar dalam ingatan kita khususnya bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Perjuangan kemerdekaan adalah sebahagian daripada agenda kita untuk mengembalikan peradaban Islam di atas bumi warisan ini.

59 tahun berlalu, kita masih diselubungi persoalan adakah kita sudah benar-benar merdeka?

Merdeka iradah dan kehendak, merdeka jiwa, merdeka dalam menentukan acuan dan masa depan mengikut citra kita yang hakiki?

Bangsaku,

Tanyalah diri, sejauhmana kita telah melangsaikan tanggungjawab perjuangan yang diwariskan oleh generasi silam?

Perjuangan suci demi mengembalikan peradaban yang telah hilang dan demi martabat bangsa, kedaulatan agama dan kemerdekaan tanah air.

Orang Melayu!

Genggam kemudi bahtera perjuangan ini, kembangkan layarnya dan arahkan ia menuju haluan yang sebenar.

Haluan yang telah ditetapkan generasi terdahulu.

Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
Presiden Isma

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?