Speaker DUN Terengganu nafi letak jawatan
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,Dato’ Mohd Zubir Embong.
BANGI, Jumaat – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menafikan dakwaan beliau akan melepaskan jawatannya berikutan rasa tidak puas hari terhadap pentadbiran Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Datuk Mohd Zubir Embong berkata, khabar angin itu mungkin disebarkan oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada krisis kepemimpinan kerajaan Terengganu.
“Tidak berlaku perkara seperti itu. Saya tidak meletak jawatan. Terlalu banyak khabar angin berlaku oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan dengan keadaan sekarang,” katanya seperti dilapor sebuah protal berita, hari ini.
Bercakap mengenai dakwaan pilihan raya mengejut Terengganu, Mohd Zubir meramalkan bahawa pilihan raya pra-matang itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi negeri.
Malah katanya, beliau menyifatkan pergaduhan di antara Ahmad Razif dan bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu seperti berlaku dalam hubungan adik beradik dan yakin ia dapat diselesaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau bagaimanapun, yakin bahawa kemelut yang berlaku di negeri itu dapat diselesaikan dengan cara baik.
Sebelum ini, Ahmad Razif menyerahkan kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad Said ekoran kritikan terbukanya berhubung kepimpinan parti di negeri itu.
The post Speaker DUN Terengganu nafi letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan