Syarikat pembinaan didenda RM10,000 curi air

 

Bekalan-Air

PETALING JAYA, Jumaat – Sebuah syarikat pembinaan didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana mencuri air dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi sebuah tapak pembinaan pangsapuri kos rendah di sini, tujuh tahun lepas.

Hakim Azwarinda Affandi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat Konsep Setia Sdn. Bhd. yang diwakili pengarah projeknya, Eng Soon Wah selepas syarikat itu mengaku bersalah membuat penyambungan paip secara haram dari sesalur utama Syabas di Lot 48729 (PT 16929) Petaling, pada 3 Julai 2012.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pegawai serbuan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang membuat pemeriksaan terhadap syarikat itu mendapati ia membuat sambungan paip secara haram ke suatu salur utama awam tanpa melalui sebarang meter air sah di premis projek terbengkalai itu.

Hasil siasatan mendapati premis tersebut dihuni dan berada di bawah kawalan kontraktor utama iaitu Konsep Setia yang menggunakan bekalan air tersebut antaranya untuk tujuan kerja-kerja pembinaan, membancuh simen dan kegunaan harian pekerja.- Bernama

The post Syarikat pembinaan didenda RM10,000 curi air appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?