Syor perkenal subjek ‘interfaith understanding’ di sekolah hanya menghidupkan pluralisme agama

Haji-Hazizi-56

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Jumaat – Cadangan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan subjek ‘interfaith understanding’ di sekolah bertujuan menghidupkan pluralisme agama.

Sambil menolak cadangan itu, Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman, berkata keadaan tidak harmoni di antara penganut agama di Malaysia adalah berpunca daripada tindakan provokasi dan penghinaan berterusan oleh pihak tertentu terhadap Islam.

“Sejarah membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama boleh hidup aman dan harmoni serta menghormati antara satu sama lain sejak negara mencapai kemerdekaan. Semuanya itu tanpa perlu agama lain dipelajari oleh pelajar Islam.

“Selain itu, keadaan bertambah buruk apabila ahli politik mempolitikkan isu agama bagi kepentingan parti masing-masing.

“Contoh yang jelas ialah isu penggunaan Nama Suci ALLAH, walaupun Jawatankuasa Fatwa telah membuat keputusan, masih ada politikus yang tidak tahu bahasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Ustaz Hazizi berkata, JKMPKA sepatutnya meneliti semula dan mencadangkan langkah bagi membendung tindakan tidak bertanggungjawab itu kepada pihak kementerian dan agensi kerajaan terbabit.

“Jikapun mahu mencari sebab perpecahan dan ketidak harmonian dari sudut pelajaran, maka isu kewujudan sekolah vernakular yang menjauhkan jurang persefahaman antara kaum dan menghapuskan penghayatan terhadap Perlembagaan sepatutnya ibarat gajah depan mata. Mengapa kuman di seberang laut yang masih dicari?,” katanya.

Malah beliau menyifatkan cadangan Pengerusi JKMPKA sebagai tidak berpijak di bumi nyata berikutan jelas mendatangkan bahaya kepada rakyat di negara ini.

“Cadangan pengerusi JKMPKA itu bukan sahaja tidak menjejak di bumi nyata kerana tidak menyelesaikan masalah sebenar, malah amat jelas sekali lebih berbahaya daripada seruan IFC dan Comango yang telah ditolak mentah-mentah oleh majoriti rakyat negara ini.

“Sekiranya cadangan songsang ini mahu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan, maka Ikatan Muslimin Malaysia amat percaya dan yakin, seluruh umat Islam di bumi bertuah ini akan bersatu dan bangkit menentang usaha menghakis jati diri Muslim secara terancang ini,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi JKMPKA, Datuk Azman Amin Hassan mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan subjek ‘Interfaith Understanding’ bagi membolehkan pelajar sekolah lebih memahami dan menghormati pelbagai fahaman agama di negara ini.

KENYATAAN PENUH

Subjek ‘interfaith understanding’ hanya menghidupkan pluralisme agama

The post Syor perkenal subjek ‘interfaith understanding’ di sekolah hanya menghidupkan pluralisme agama appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?