Taufan Nida: AirAsia batal penerbangan ke China

photo_2016-08-01_20-41-39

KUALA LUMPUR, Isnin – AirAsia membatalkan penerbangan dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Johor Bahru ke dan dari selatan China, yang dijadualkan hari ini dan esok ekoran taufan Nida.

Syarikat penerbangan itu dalam laman sosial Facebook menasihatkan penumpang agar mengemas kini butiran terperinci hubungan mereka di www.airasia.com bagi memastikan mereka dimaklumkan sebarang perubahan penerbangan menerusi e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“AirAsia memantau dengan rapat potensi kesan daripada ribut ini dan akan terus memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpang tepat pada masa bagi sebarang perubahan disebabkan oleh taufan Nida ini.

“Kami ingin menasihatkan semua penumpang yang melakukan perjalanan ke dan dari selatan China untuk menyemak status penerbangan mereka di laman web kami,” kata syarikat itu. – Bernama

The post Taufan Nida: AirAsia batal penerbangan ke China appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?