Tentera Israel haramkan Pokemon Go, risau maklumat bocor
TEL AVIV, Selasa – Angkatan Tentera Israel telah mengharamkan anggotanya daripada bermain permainan popular, Pokemon Go di pangkalan tentera berikutan kebimbangan ia boleh menyebabkan kebocoran maklumat dan lokasi sensitif tentera.
Menurut kenyataan tentera, arahan itu dikeluarkan pada minggu ini kerana bimbang anggotanya memuat turun Pokemon Go versi tidak rasmi sekali gus membolehkan ia mencuri maklumat daripada telefon si pengguna.
Angkatan tentera itu takut sekiranya data lokasi dan imej pangkalan tentera bocor kerana permainan ini memerlukan akses kepada kamera telefon bimbit pengguna.
Permainan Pokemon Go ini memerlukan penggunanya mengikuti peta digital untuk menangkap watak siri kartun itu dengan mencari jalan raya dan bangunan di dunia sebenar.
Permainan ini memerlukan pemain untuk bergerak di sekitar untuk mencari makhluk dipanggil Pokemon untuk menangkap
Sementara itu, rakyat Palestin telah menggunakannya untuk menyerlahkan sekatan kebebasan bergerak yang dikenakan ke atas mereka sambil berkongsi imej Pokemon di sebalik tembok pemisah Tebing Barat, yang tidak boleh diseberangi oleh ramai rakyat Palestin.
Seorang pengguna Facebook warga Palestin, Abd Elrahman Salayma menulis di statusnya dan dikongsi secara meluas berkata: “Kawan-kawan, terdapat Pokemon dekat jalan di kawasan yang disekat. Bagaimanalah saya nak tangkap ia. Ada sebarang cadangan?”
Negara itu juga adalah salah satu daripada beberapa tempat di dunia yang menggunakan teknologi 2G digunakan dan masih mahal. – Agensi
The post Tentera Israel haramkan Pokemon Go, risau maklumat bocor appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan