Tiada bukti MH370 terhempas dengan sengaja
BANGI, Khamis – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bahawa tiada bukti kukuh untuk mengesahkan juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sengaja menghempaskan pesawat ke dalam laut.
Liow berkata, plot laluan penerbangan ke Lautan Hindi adalah salah satu daripada ribuan laluan pada simulator di rumah juruterbang itu.
“Sehingga hari ini, teori ini masih dalam siasatan. Tiada bukti untuk mengesahkan bahawa Kapten Zaharie sengaja terbangkan pesawat ke Lautan Hindi.
“Ya, dia telah simulasi laluan penerbangan, tetapi ia adalah salah satu daripada ribuan simulasi ke banyak bahagian di dunia.
“Kita tidak boleh mengesahkan beliau lakukannya hanya berdasarkan perkara itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Justeru, Liow menggesa orang ramai supaya berhenti membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
“Ia tidak bijak untuk membuat spekulasi atau teori yang tidak berasas dan membantu siasatan.
“Jika anda mempunyai bukti sila serahkan kepada pasukat penyiasat,” katanya.
Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac 2014.
The post Tiada bukti MH370 terhempas dengan sengaja appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan