Tiada halangan adakan Bersih 5 selagi patuhi PAA: KPN

33

BANGI, Rabu – Penganjuran perhimpunan Bersih 5 akan dibenarkan selagi kumpulan reformasi pilihan raya itu mematuhi ketetapan dan syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk membantu kumpulan itu dalam hal-hal melibatkan keselamatan.

“Apa yang perlu mereka lakukan adalah mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman dan kami dengan senang hati akan menyokong mereka,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Rancangan perhimpunan Bersih 5 tercetus selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) AS merampas RM4.06 bilion aset didakwa ada kaitan dengan 1MDB.

Bagaimanapun, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah setakat ini belum menetapkan sebarang tarikh dan tempat perhimpunan itu diadakan.

The post Tiada halangan adakan Bersih 5 selagi patuhi PAA: KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?